Kursus Sesi 1/2007 - Minggu Pertama & Kedua
Peserta telah mendaftarkan diri seawal jam 7.50 pagi. Kehadiran pada pagi ini amat memberangsangkan. Encik Rozali Mazlan, wakil pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor telah memberikan taklimat dan pengenalan kursus ini kepada semua peserta.
Peserta diberikan taklimat dan pengenalan kursus oleh Jurulatih Utama yang baru, En Mohd Sabli Othman. Peserta kelihatan agak gembira untuk menamatkan kursus ini dalam masa 10 hari. Ini adalah sesi pertama untuk tahun 2007.
Antara Peserta Kursus Kali ini :-
AHMAD ANIZA BIN IBRAHIM
SK HULU BERNAM
SK BUKIT BERUNTUNG
SMK SG CHOH
SMK TAMAN BUNGA RAYA 1
SK BANDAR SUNGAI BUAYA
SK TUN ABDUL RAZAK
SMK BANDAR SG BUAYA
SMK KG SOEHARTO
SK KUALA KUBU BHARU 1
SMK DATO' HJ KAMARUDDIN
SMK AMPANG PECAH
SK AMPANG PECAH
SMK SYED MASHOR
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
SK BUKIT SENTOSA
SK ULU YAM BHARU
SK ULU YAM BHARU
SMK SG CHOH
SK BUKIT SENTOSA
SK SERENDAH
SK BANDAR SUNGAI BUAYA
SK SERENDAH
SK KUALA KUBU BHARU
SMK TAMAN BUNGA RAYA 1
SK TAMAN BUNGA RAYA 1
Pada sesi seterusnya, peserta telah didedahkan dengan kemahiran membuka akaun emel menggunakan platform Yahoo!

Catatan Hari Ke 2…
Sesi pagi ini peserta telah didedahkan dengan Unit Pembelajaran 1 & 2 iaitu Peta Kurikulum, Senarai Sumber dan Skema Kerja. Kemudian peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut subjek yang telah ditentukan. Pada sesi seterusnya, peserta membentangkan hasil kumpulan untuk UP 1 dan UP 2.
Catatan Hari Ke 3…
Pada awal sesi hari ini diteruskan dengan UP3 iaitu rancangan mengajar. Pada sesi seterusnya, peserta didedahkan dengan UP5, UP7 dan UP8. Kemudian peserta diajar dengan kemahiran MS PowerPoint.
Catatan Hari Ke 4 & 5…
Sesi awal, peserta didedahkan dengan pengenalan kepada internet. Semua peserta di ajar cara-cara membuka akaun emel. Kemudian jurulatih menunjuk ajar cara-cara membina laman web menggunakan perisian MS Word.
Catatan Hari Ke 6…
Peserta didedahkan dengan kemahiran TMK MS Excel
Catatan Hari Ke 7…
Kemudian, pengenalan UP 9 – Pelan Tindakan PKP. Sesi berikutnya, peserta telah didedahkan dengan perisian MS Movie Maker iaitu satu perisian untuk pembuatan video.
Catatan Hari Ke 8…
Pada sesi pagi dijalankan sesi pembentangan portfolio berkumpulan bagi semua kumpulan. Pada sesi petang pula, peserta diberikan ID untuk mengakses maklumat di Bank Data Sumber Nasional (BDSN).
Catatan Hari Ke 9…
Seawal sesi pertama, peserta bertungkus lumus menyiapkan portfolio dan membuat pemeriksaan akhir sebelum menghantar tugasan.
Pada sesi berikutnya, pembentangan portfolio individu bermula.
Sesi petang, ujian sumatif dijalankan secara online. Kemudian, peserta melengkapkan borang penilaian kursus BPPT.
Catatan Hari Ke 10…
Semua peserta telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan sijil Kehadiran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Sijil telah disampaikan oleh En Rozali Mazlan, Ketua Unit Teknologi dan Vokasional, mewakili pegawai PPD Daerah Hulu Selangor (ICT).

Foto kenangan bersama jurulatih dan peserta







