Kursus Perniagaan Internet 3-dalam-1

ATC BPPT Hulu Selangor

Google

E-mailPaysU

Tuesday, September 19, 2006

Kursus Sesi 13/2006 - Minggu Pertama & Kedua

Catatan Hari Pertama…

Peserta telah mendaftarkan diri seawal jam 7.40 pagi. Kehadiran pada pagi ini amat memberangsangkan. Encik Rozali Mazlan, wakil pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor telah memberikan taklimat dan pengenalan kursus ini kepada semua peserta kali ini.

Peserta diberikan taklimat dan pengenalan kursus oleh Jurulatih Utama, Encik Kamarul Azam Othman. Peserta kelihatan gembira untuk menamatkan kursus ini dalam masa 10 hari.

Antara Peserta Kursus Kali ini :-

ALIFAH BT ISMAIL
SMK SERENDAH

ASMARIWATI BT MOHD BOHORI
SMK BANDAR BARU BATANG KALI

HALEZZA BT MOHD JABAR
SMK SG CHOH

HARMAN BIN HARUN
SK BATANG KALI

ISTIAQ BIN IDRIS
SMK BANDAR SUNGAI BUAYA

MARIA WATI BT YUSOFF
SMK SERENDAH

MOHAMAD SHAMSUL BIN SELAMAT
SK SERENDAH

MOHAMMAD ZAIDEE BIN ARPIN
SK RASA

NORIMA BT ABD RAHMAN
SMK BUKIT SENTOSA

RAFIDAH BT BASIR
SK TAMAN BUNGA RAYA 1

RAHAYU BT MUHAMMAD
SMK BUKIT SENTOSA

RAMLAH BT MOHD ARIFF
SMK TAMAN BUNGA RAYA 1

RODIAH BT ISMAIL
SK BUKIT SENTOSA

ROSITA BT SAMPOOI
SMK BANDAR BARU BATANG KALI

ROSNAH BT YAAKOP
SK BANDAR BARU BATANG KALI

ROSNI BT SALIM
SK BANDAR SG BUAYA

SAEMAH BT MAT SAHIR
SMK AMPANG PECAH

SITI KHATIJAH BT DOLLAH
SMK SYED MASHOR

SUHAIMI BIN MOHAMAD SAAD
SMK KALUMPANG

ZAINAL ABIDIN BIN SANUSI
SMK DATO HJ KAMARUDDIN

ZAINATUL AZIAH BT ZULKIFLI
SK BANDAR BARU BATANG KALI

ZALEHA BT ABU
SK HULU BERNAM

ZANARIAH BT AHMAD
SM SAINS HULU SELANGOR

ZULLKAFLI BIN MAT DAUD
SMK TAMAN BUNGA RAYA 1

ZURAIDAH BT ARBAIE
SMK KUALA KUBU BHARU



Catatan Hari Ke 2…

Sesi pagi ini peserta telah didedahkan dengan Unit Pembelajaran 1 & 2 iaitu Peta Kurikulum, Senarai Sumber dan Skema Kerja. Kemudian peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut subjek yang telah ditentukan.

Pada sesi seterusnya, peserta telah didedahkan dengan kemahiran MS PowerPoint.

Perbincangan dalam kumpulan


Catatan Hari Ke 3…

Pada awal sesi hari ini, kemahiran MS PowerPoint disambung sedikit lagi. Peserta telah diminta untuk membentangkan dokumentasi UP1 dan UP2. Kemudian agenda diteruskan dengan UP3 iaitu rancangan mengajar. Pada sesi seterusnya, peserta didedahkan dengan UP5, UP7 dan UP8.

Catatan Hari Ke 4…

Cuti Hari Kemerdekaan Ke 49

Catatan Hari Ke 5…

Pagi hari ke 5, semua peserta di ajar cara-cara membuka akaun emel. Kemudian jurulatih menunjuk ajar cara-cara membina laman web menggunakan perisian MS Word.

Catatan Hari Ke 6…

Kursus berjalan seperti dalam jadual. Dalam waktu terluang, peserta tekun menyiapkan tugasan berkumpulan dan individu. Sesi berikutnya, peserta telah didedahkan dengan perisian MS Movie Maker iaitu satu perisian untuk pembuatan video. Pada sesi petang pula, peserta diberikan ID untuk mengakses maklumat di Bank Data Sumber Nasional (BDSN).

Sewaktu makan tengahari



Catatan Hari Ke 7…

Sesi hari ini diteruskan dengan UP 7 & 3 iaitu Rancangan Mengajar berasaskan Penyelesaian Masalah ( Perbincangan dan Penghasilan ).. Peserta didedahkan dengan kemahiran TMK MS Excel. Kemudian, peserta menyambung semula tugasan kumpulan untuk penghasilan slaid BBM. Pengenalan UP 9 – Pelan Tindakan PKP.


Catatan Hari Ke 8…

Sesi hari ini diteruskan dengan pembentangan kumpulan, iaitu penilaian bahan bukti UP3 & slaid BBM. Keseluruhan persembahan amat memberangsangkan namun begitu masih banyak kelemahan yang perlu di atasi terutamanya hasil portfolio individu. Pada sesi tengahari diadakan sesi bergambar.

Catatan Hari Ke 9…

Seawal sesi pertama, peserta bertungkus lumus menyiapkan portfolio dan membuat pemeriksaan akhir sebelum menghantar tugasan.

Pada sesi berikutnya, pembentangan portfolio individu bermula.

Sesi petang, ujian sumatif dijalankan secara online. Kemudian, peserta melengkapkan borang penilaian kursus BPPT.

Catatan Hari Ke 10…

Semua peserta telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan sijil Kehadiran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Sijil telah disampaikan oleh En Rozali Mazlan, Ketua Unit Teknologi dan Vokasional, mewakili pegawai PPD Daerah Hulu Selangor (ICT).

Gambar Kenangan bersama peserta