Kursus Sesi 15/2006 - Minggu Pertama & Kedua
Catatan Hari Pertama…
Peserta telah mendaftarkan diri seawal jam 7.45 pagi. Kehadiran pada pagi ini amat memberangsangkan. Encik Rozali Mazlan, wakil pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor telah memberikan taklimat dan pengenalan kursus ini kepada semua peserta kali ini.
Peserta diberikan taklimat dan pengenalan kursus oleh Jurulatih Utama, En Robinson yang menggantikan sementara En Kamarul Azam. Peserta kelihatan gembira untuk menamatkan kursus ini dalam masa 10 hari.
Antara Peserta Kursus Kali ini :-
AHMADUL HADI BIN HASSAN
SMK DATO HJ KAMARUDDIN
ANJALAY DEVI A/P PARAMASUA
SJK(T) BATANG KALI
CHAN YAH YUN
SMK AMPANG PECAH
CHAN YOKE LAN
SMK TAMAN BUNGA RAYA 1
CHANG POH CHOO
SJK(C) SERENDAH
JAY MALAR A/P ARUMUGAM
SMK SERENDAH
KALAYVANAN KRISHNAN
SJK(T) LADANG KALUMPANG
KOMALA VALLI A/P JAYA BALAN
SJK(T) BUKIT BERUNTUNG
LIM CHOOI MEI
SJK(C) KG GURNEY
LOGANAYAKI A/P GANESAN
SJK(T) KUALA KUBU BHARU
LOKE KOK KUEN
SMK BUKIT SENTOSA
MAHESWARI A/P THANGARAS
SJK(T) LADANG CHANGKAT ASA
MANIVANNAN A/L CHELLADURAI
SJK(T) LADANG SUNGAI CHOH
MOHAN RAJA A/L RENGASAMY
SMK KUALA KUBU BHARU
NG SWEE LEE
SJK(C) BATANG KALI
NORAZLINDA BT MUHAMMED WAZIR
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
R.VIJAYA
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
ROZILAH BT ZAINAL ABIDIN
SMK SG CHOH
SHAIDATUL BADARIAH BT MUHD TAIB
SMK BUKIT SENTOSA
SUNTHARI A/P SHANMUGADASS
SJK(T) LADANG KERLING
TAN LAY EAN
SJK(C) KALUMPANG
TAN SAI GAIK
SMK SYED MASHOR
TEH HUI MENG
SJK(C) CHOONG CHEE
TEH KIYOK ENG
SJK(C) KHING MING
ZARAH BT MALEK
SMK SYED MASHOR
Kemudian peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut subjek yang telah ditentukan.
Pada sesi seterusnya, peserta telah didedahkan dengan kemahiran MS Word.
Catatan Hari Ke 2…
Sesi pagi ini peserta telah didedahkan dengan Unit Pembelajaran 1 & 2 iaitu Peta Kurikulum, Senarai Sumber dan Skema Kerja. Pada sesi seterusnya, peserta telah didedahkan dengan kemahiran MS PowerPoint.

Jurulatih sedang memantau tugasan peserta
Catatan Hari Ke 3…
Pada awal sesi hari ini, kemahiran MS PowerPoint disambung sedikit lagi. Peserta telah diminta untuk membentangkan dokumentasi UP1 dan UP2. Kemudian agenda diteruskan dengan UP3 iaitu rancangan mengajar. Pada sesi seterusnya, peserta didedahkan dengan UP5, UP7 dan UP8.
Catatan Hari Ke 4 & 5…
Semua peserta di ajar cara-cara membuka akaun emel. Kemudian jurulatih menunjuk ajar cara-cara membina laman web menggunakan perisian MS Word.
Catatan Hari Ke 6…
Kursus berjalan seperti dalam jadual. Dalam waktu terluang, peserta tekun menyiapkan tugasan berkumpulan dan individu. Sesi berikutnya, peserta telah didedahkan dengan perisian MS Movie Maker iaitu satu perisian untuk pembuatan video. Pada sesi petang pula, peserta diberikan ID untuk mengakses maklumat di Bank Data Sumber Nasional (BDSN). Peserta didedahkan dengan kemahiran TMK MS Excel
Catatan Hari Ke 7…
Cuti Nuzul Quran
Catatan Hari Ke 8…
Pengenalan UP 9 – Pelan Tindakan PKP
Catatan Hari Ke 9…
Seawal sesi pertama, peserta bertungkus lumus menyiapkan portfolio dan membuat pemeriksaan akhir sebelum menghantar tugasan. Pada sesi tengahari diadakan sesi bergambar.
Pada sesi berikutnya, pembentangan portfolio individu bermula.
Sesi petang, ujian sumatif dijalankan secara online. Kemudian, peserta melengkapkan borang penilaian kursus BPPT.
Catatan Hari Ke 10…
Semua peserta telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan sijil Kehadiran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Sijil telah disampaikan oleh En Rozali Mazlan, Ketua Unit Teknologi dan Vokasional, mewakili pegawai PPD Daerah Hulu Selangor (ICT).


0 Comments:
Post a Comment
<< Home