Kursus Perniagaan Internet 3-dalam-1

ATC BPPT Hulu Selangor

Google

E-mailPaysU

Saturday, December 10, 2005

Kursus Sesi 18/2005- Minggu Kedua

Catatan Hari Ke 6…

Sesi hari ini agak mengecewakan kerana talian internet berada ditahap yang amat teruk. Jadual pada hari ini terpaksa digantikan dengan kemahiran MS Excel yang sepatutnya dijalankan pada esok hari. Diharap esok talian internet beransur pulih dan peserta dapat melakukan aktiviti yang sepatutnya dijalankan hari ini.

Catatan Hari Ke 7…

Seperti semalam, talian internet pada hari ini amat mengecewakan. Ini telah membantutkan banyak agenda yang berkait rapat dengan penggunaan internet. Jurulatih terpaksa mengubah sedikit jadual kursus dengan mendahulukan sesi yang tidak menggunakan internet dengan harapan esok mungkin sesi internet dapat dijalankan.

Catatan Hari Ke 8…

Sesi hari ini diteruskan dengan aplikasi internet. Peserta telah diberikan ID untuk mengakses laman web BPPT. Di situ peserta telah diminta melengkapkan butiran diri dan sebagainya. Kemudian peserta didedahkan dengan Bank Data Sumber Nasional (BDSN).

Sesi seterusnya, peserta telah diminta membuka akaun emel dengan bantuan dan arahan jurulatih. Kemudian jurulatih menunjuk ajar cara menghantar dan menerima emel, menghantar lampiran (attachment).

Catatan Hari Ke 9…

Hari ini bermulalah sesi pembentangan tugasan individu peserta. Peserta kelihatan berdebar dan gementar menanti giliran masing-masing. Ada diantara peserta yg berseloroh mengatakan bahawa mereka tidak tidur malam semata-mata untuk menyiapkan tugasan individu ini sebaik mungkin.

Sesi petang, ujian sumatif dijalankan. Peserta kelihatan bersedia untuk menjawab soalan yang akan dikemukakan.

Catatan Hari Ke 10…
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Peserta kelihatan bersemangat menjalani hari terakhir kursus. Semua peserta telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan sijil Kehadiran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP).

Gambar kenangan semua peserta sesi 18/2005


Saat-saat perpisahan terakhir

Saturday, December 03, 2005

Kursus Sesi 18/2005 - Minggu Pertama

Catatan Hari Pertama…

Peserta telah mendaftarkan diri seawal jam 7.30 pagi. Kehadiran pada pagi ini amat memuaskan. Encik Rozali, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor telah memberikan taklimat dan pengenalan kursus ini kepada semua peserta.

Sepanjang hari ini, peserta diberikan taklimat dan pengenalan kursus oleh Jurulatih Utama, Encik Kamarul Azam Othman. Peserta nampak positif dan bersemangat untuk menamatkan kursus ini dalam masa 10 hari.

Antara Peserta Kursus Kali ini :-

1.CHEAH MAY CHEE
SMK KUALA KUBU BHARU

2.CHUAN HSIAU SZE
SJK(C) RASA

3.ENEZAH BT JAMALI
SMK AMPANG PECAH

4.FADILAH BT ALI BADRI
SK TUN ABDUL RAZAK

5.HASINAH BT AHMAD
SMK DATO HJ KAMARUDDIN

6.JALILAH BT ABD. SHUKOR
SK HULU BERNAM

7.JULAIHA BT MOHAMED ZAINUN
SK BANDAR SG BUAYA

8.KAMARIAH BT IBRAHIM
SK AMPANG PECAH

9.KHOIRUL NIZAM BIN ABDUL AZIZ
SK KUALA KUBU BHARU

10.KRISHNAN A/L SIVACHALAM
SJK(T) KUALA KUBU BHARU

11.LOW LAI FUN
SMK KUALA KUBU BHARU

12.MASDIANA BT HJ SULAIMAN
SMK KALUMPANG

13.MAZIAN BT MASDI
SK KALUMPANG

14.NOR LELA BT MOHAMAD YUNUS
SK KG KUANTAN

15.NORAMI BT DIN
SMK BANDAR BARU BATANG KALI

16.NORAZAH BT ALI
SK BANDAR SG BUAYA

17.RAHIMAH BT HASAN
SK SERENDAH

18.ROHANI BT ISA
SK KUALA KUBU BHARU 2

19.ROSLAH BINTI YAACOB
SMK SYED MASHOR

20.SAFARIAH BT BABA
SK BATANG KALI

21.SARASWATHY BHASKARAN
SJK(T) BATANG KALI

22.SITI MARIAM BT SALEH
SMK SYED MASHOR

23.SRI AZILA BT MOHD RASID
SK KUALA KUBU BHARU 1

24.SUZITA BT. M.ARIFF
SK KERLING

25.ZAINAH BT MOHD RASAD
SK RASA


Catatan Hari Ke 2…

Sesi pagi ini peserta telah didedahkan dengan Unit Pembelajaran 1 & 2 iaitu Peta Kurikulum, Senarai Sumber dan Skema Kerja. Kemudian peserta dibahagikan mengikut subjek untuk menyudahkan portfolio berkumpulan.

Pada sesi seterusnya, peserta telah didedahkan dengan kemahiran MS Word.

Catatan Hari Ke 3…

Pada awal sesi hari ini, peserta telah diminta untuk membentangkan dokumentasi UP1 dan UP2. Kemudian agenda diteruskan dengan UP3 iaitu rancangan mengajar. Pada sesi seterusnya, peserta didedahkan dengan UP5, UP7 dan UP8.

Catatan Hari Ke 4 & 5…
Kursus berjalan seperti dalam jadual. Dalam waktu terluang, peserta tekun menyiapkan tugasan berkumpulan dan individu. Masa yang ada tidak disia-siakan begitu saja.