Kursus Sesi 5/2006 - Minggu Kedua
Sesi hari ini diteruskan dengan UP 7 & 3 iaitu Rancangan Mengajar berasaskan Penyelesaian Masalah ( Perbincangan dan Penghasilan ). Pada sesi petang pula, peserta diberikan ID untuk mengakses maklumat di Bank Data Sumber Nasional (BDSN). Peserta didedahkan dengan kemahiran TMK MS Excel. Kemudian, peserta menyambung semula tugasan kumpulan untuk penghasilan slaid BBM.
Catatan Hari Ke 7…
Cuti Sempena Maulidur Rasul
Catatan Hari Ke 8…
Sesi hari ini diteruskan dengan pembentangan kumpulan, iaitu penilaian bahan bukti UP3 & slaid BBM. Keseluruhan persembahan amat memberangsangkan namun begitu masih banyak kelemahan yang perlu di atasi terutamanya hasil portfolio individu. Kemudian di adakan sesi bergambar untuk kenangan.
Catatan Hari Ke 9…
Hari ini bermulalah sesi pembentangan tugasan individu peserta. Peserta kelihatan berdebar dan gementar menanti giliran masing-masing. Dan beraneka ragam dapat diperhatikan sepanjang pembentangan ini.

Semasa ujian sumatif berlangsung
Sesi petang, ujian sumatif dijalankan secara online. Peserta kelihatan bersedia untuk menjawab soalan yang akan dikemukakan.
Catatan Hari Ke 10…
Semua peserta telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan sijil Kehadiran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Sijil telah disampaikan oleh En Rozali Mazlan, Ketua Unit Teknologi dan Vokasional, mewakili pegawai PPD Daerah Hulu Selangor (ICT).

Gambar kenangan peserta Sesi 5/2006




