Kursus Sesi 12/2006 - Minggu Pertama & Kedua
Peserta telah mendaftarkan diri seawal jam 7.45 pagi. Kehadiran pada pagi ini amat memberangsangkan. Encik Rozali Mazlan, wakil pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor telah memberikan taklimat dan pengenalan kursus ini kepada semua peserta kali ini. Sesi kali ini juga adalah sesi pertama di pusat latihan yang baru iaitu di makmal komputer SMK Syed Mashor, Batang Kali.
Peserta diberikan taklimat dan pengenalan kursus oleh Jurulatih Utama, Encik Kamarul Azam Othman. Peserta kelihatan gembira untuk menamatkan kursus ini dalam masa 10 hari.
Antara Peserta Kursus Kali ini :-
A.RAHIM BIN M.SHARIFF
SMK SG CHOH
ANDRI BIN JAMALUDDIN
SMK KG SOEHARTO
HADZRUL BIN MUHAMAD YUSAK
SMK BUKIT SENTOSA
HAMIDAH BT HJ OTHMAN
SK TAMAN BUNGA RAYA 1
HASNIDAR BT ABDUL LATIF
SMK GEDANGSA
HUSNIZA BT MOHD TAHIR
SMK KUALA KUBU BHARU
JAMALIAH BT AHMAD
SMK SYED MASHOR
MAZNAH BT YAACOB
SK BUKIT SENTOSA
NOR ZILAWATI BT ABD RASHID
SMK SERENDAH
NORDAIYANA BT ABDULLAH
SMK AMPANG PECAH
NORFADHILAH BT YUNUS
SMK SERENDAH
NORLELA BT SAARI
SK AMPANG PECAH
NORLIZAH BT RAZALI
SMK DATO HJ KAMARUDDIN
NURHANANI BT CHE GHANI
SK SUNGAI CHOH
PUZIAH BT SABARI
SMK BANDAR SUNGAI BUAYA
ROHAYA BT IBRAHIM
SK KUALA KUBU BHARU 1
ROHAYA BT KENIT
SMK BUKIT SENTOSA
ROHIZAN BT. ABDUL GHANI
SMK TAMAN BUNGA RAYA 1
RUHAYAH BT JAAFAR
SK SUNGAI BUAYA
SAHIDAN BIN UMAR
SK BATANG KALI
SALAMAH BT SOPIAN
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
SALASIAH BT MD SANUSI
SK HULU BERNAM
SALINA BT MOHD YATIM
SMK KUALA KUBU BHARU
YUSMALIZA BT YUSOF
SK KUALA KUBU BHARU 2
YUSRI BIN YASIN
SMK KALUMPANG
Catatan Hari Ke 2…
Sesi pagi ini peserta telah didedahkan dengan Unit Pembelajaran 1 & 2 iaitu Peta Kurikulum, Senarai Sumber dan Skema Kerja. Kemudian peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut subjek yang telah ditentukan.
Pada sesi seterusnya, peserta telah didedahkan dengan kemahiran MS PowerPoint.
Perbincangan bersama kumpulan untuk menyiapkan portfolio
Catatan Hari Ke 3…
Pada awal sesi hari ini, kemahiran MS PowerPoint disambung sedikit lagi. Peserta telah diminta untuk membentangkan dokumentasi UP1 dan UP2. Kemudian agenda diteruskan dengan UP3 iaitu rancangan mengajar. Pada sesi seterusnya, peserta didedahkan dengan UP5, UP7 dan UP8.
Catatan Hari Ke 4 & 5…
Sesi pagi ini, semua peserta di ajar cara-cara membuka akaun emel. Kemudian jurulatih menunjuk ajar cara-cara membina laman web menggunakan perisian MS Word.
Catatan Hari Ke 6…
Kursus berjalan seperti dalam jadual. Peserta didedahkan dengan pengenalan kepada internet. Dalam waktu terluang, peserta tekun menyiapkan tugasan berkumpulan dan individu. Sesi berikutnya, peserta telah didedahkan dengan perisian MS Movie Maker iaitu satu perisian untuk pembuatan video. Pengenalan UP 9 – Pelan Tindakan PKP.
Catatan Hari Ke 7…
Sesi hari ini diteruskan dengan UP 7 & 3 iaitu Rancangan Mengajar berasaskan Penyelesaian Masalah ( Perbincangan dan Penghasilan ). Pada sesi petang pula, peserta diberikan ID untuk mengakses maklumat di Bank Data Sumber Nasional (BDSN). Peserta didedahkan dengan kemahiran TMK MS Excel. Kemudian, peserta menyambung semula tugasan kumpulan untuk penghasilan slaid BBM.
Catatan Hari Ke 8…
Sesi hari ini diteruskan dengan pembentangan kumpulan, iaitu penilaian bahan bukti UP3 & slaid BBM. Keseluruhan persembahan amat memberangsangkan namun begitu masih banyak kelemahan yang perlu di atasi terutamanya hasil portfolio individu. Pada sesi tengahari diadakan sesi bergambar.
Sewaktu pembentangan hasil portfolio kumpulan
Catatan Hari Ke 9…
Seawal sesi pertama, peserta bertungkus lumus menyiapkan portfolio dan membuat pemeriksaan akhir sebelum menghantar tugasan.
Sesi petang, ujian sumatif dijalankan secara online. Kemudian, peserta melengkapkan borang penilaian kursus BPPT.
Catatan Hari Ke 10…
Semua peserta telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan sijil Kehadiran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Sijil telah disampaikan oleh En Rozali Mazlan, Ketua Unit Teknologi dan Vokasional, mewakili pegawai PPD Daerah Hulu Selangor (ICT).

Foto kenangan bersama peserta kursus

