Kursus Perniagaan Internet 3-dalam-1

ATC BPPT Hulu Selangor

Google

E-mailPaysU

Sunday, March 26, 2006

Kursus Sesi 4/2006 - Minggu Pertama

Catatan Hari Pertama…

Peserta telah mendaftarkan diri seawal jam 7.45 pagi. Kehadiran pada pagi ini amat memberangsangkan dengan kehadiran peserta 100%. Encik Rozali Mazlan, wakil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor telah memberikan taklimat dan pengenalan kursus ini kepada semua peserta.

En Rozali sedang memberikan taklimat kursus kepada peserta BPPT



Peserta diberikan taklimat dan pengenalan kursus oleh Jurulatih Utama, Encik Kamarul Azam Othman. Peserta kelihatan teruja untuk menamatkan kursus ini dalam masa 10 hari.

Peserta tekun mendengar penerangan Jurulatih Utama

Pada sesi seterusnya, peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut subjek yang telah ditetapkan bagi menyudahkan portfolio berkumpulan.

Antara Peserta Kursus Kali ini :-

1. ASIAH BINTI HASSAN
SK KERLING

2. ASKINAH BT MOHD MOKHTAR
SK KG SOEHARTO

3. ASMAWATI BT IBNI HAJAR
SMK DATO HJ KAMARUDDIN

4. AZLILAH BT MD SAMAN
SK SERENDAH

5. BADRULISHAM BIN MOHD IBRAHIM
SK GESIR TENGAH

6. HISHAMRI BIN HUSSAIN
SK BANDAR BARU BATANG KALI

7. MOHD AZDI BIN ABD AZIZ
SK KUALA KUBU BHARU

8. NG WOI SIN
SJK(C) CHONG CHEE

9. NOOR HASLINDA BT MOHD HALIM
SMK TAMAN BUNGA RAYA

10. NOR AZEAN BT AZIZ
SMK SERENDAH

11. NORHAYATI BT YEOP
SK TAMAN BUNGA RAYA

12. NORSIDAH BT MISGIMAN
SK KG KUANTAN

13. NORZIAHNI BT MOHD SAHOJI
SK SUNGAI BUAYA

14. PARAMESWARY A/P NADESAN
SJK(T) LADANG CHANGKAT ASA

15. PARIDATUL AKMAR BT AHMAD
SK HULU BERNAM

16. RAMANATHAN A/L ARUMUGAM
SJK(T) KERLING

17. RIDUAN BIN DOLMAT
SK SG SELISEK

18. SAKILA BIBI BT MOHD SHAFFI
SMK KUALA KUBU BHARU

19. SITI NOR AISAH BINTI RAMLI
SM SAINS HULU SELANGOR

20. SITI NOR AZLINA BT ISMAIL
SK BANDAR BARU BATANG KALI

21. SITI ROHAIDA HASHIM
SMK SUNGAI CHOH

22. SITI SALAMAH BT MUSTAFA
SK AMPANG PECAH

23. SULIANA HANIM BT ILIAS
SJK(C) KHING MING

24. SUZANARIAH BT SHAMSUDDIN
SK GEDANGSA

25. ZAINORIDA BT MUDA
SK SUNGAI CHOH


Catatan Hari Ke 2…

Sesi pagi ini peserta telah didedahkan dengan Unit Pembelajaran 1 & 2 iaitu Peta Kurikulum, Senarai Sumber dan Skema Kerja.

Pada sesi seterusnya, peserta telah didedahkan dengan kemahiran MS PowerPoint.

Catatan Hari Ke 3…

Pada awal sesi hari ini, kemahiran MS PowerPoint disambung sedikit lagi. Peserta telah diminta untuk membentangkan dokumentasi UP1 dan UP2. Kemudian agenda diteruskan dengan UP3 iaitu rancangan mengajar. Pada sesi seterusnya, peserta didedahkan dengan UP5, UP7 dan UP8.

Catatan Hari Ke 4 & 5…
Kursus berjalan seperti dalam jadual. Peserta didedahkan dengan pengenalan kepada internet. Selepas itu, peserta diajar cara-cara untuk membuka akaun emel dan menghantar emel. Dalam waktu terluang, peserta tekun menyiapkan tugasan berkumpulan dan individu.

Wednesday, March 15, 2006

Kursus Sesi 3/2006 - Minggu Kedua

Catatan Hari Ke 6…

Sesi hari ini diteruskan dengan UP 7 & 3 iaitu Rancangan Mengajar berasaskan Penyelesaian Masalah ( Perbincangan dan Penghasilan ). Pada sesi petang pula, peserta diberikan ID untuk mengakses maklumat di Bank Data Sumber Nasional (BDSN). Peserta kelihatan ceria sepanjang sesi ini.

Catatan Hari Ke 7…

Perjalanan kursus lancar. En Kamarul Azam, Master Trainer di sini telah digantikan buat sementara waktu dengan backup Master Trainer, En Najib Sufari hingga jumaat ini. Kali ini peserta didedahkan dengan kemahiran TMK MS Excel. Kemudian, peserta menyambung semula tugasan kumpulan untuk penghasilan slaid BBM yang akan dipersembahkan esok hari.

Catatan Hari Ke 8…

Sesi hari ini diteruskan dengan pembentangan kumpulan, iaitu penilaian bahan bukti UP3 & slaid BBM. Keseluruhan persembahan amat memberangsangkan dan peserta telah memahami ‘process flow’ kursus ini.

Catatan Hari Ke 9…

Hari ini bermulalah sesi pembentangan tugasan individu peserta. Peserta kelihatan berdebar dan gementar menanti giliran masing-masing.

Sesi petang, ujian sumatif dijalankan secara online. Peserta kelihatan bersedia untuk menjawab soalan yang akan dikemukakan. Keseluruhan keputusan online test kali ini amat cemerlang

Catatan Hari Ke 10…
Peserta kelihatan bersemangat menjalani hari terakhir kursus. Semua peserta telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan sijil Kehadiran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Sijil telah disampaikan oleh En Rozali Mazlan, Ketua Unit Teknologi dan Vokasional, mewakili pegawai PPD Daerah Hulu Selangor (ICT).

En Khairul selaku penghulu kursus sedang menerima sijil KDP daripada En Rozali Mazlan

Foto kenangan peserta sesi 3/2006