Kursus Sesi 17/2006 - Minggu Pertama & Kedua
Peserta telah mendaftarkan diri seawal jam 7.40 pagi. Kehadiran pada pagi ini amat memberangsangkan. Encik Rozali Mazlan, wakil pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor telah memberikan taklimat dan pengenalan kursus ini kepada semua peserta kali ini.
Peserta diberikan taklimat dan pengenalan kursus oleh Jurulatih Utama, En Kamarul Azam. Peserta kelihatan gembira untuk menamatkan kursus ini dalam masa 10 hari.
Antara Peserta Kursus Kali ini :-
AZNIDA BT NORDIN
SK BUKIT BERUNTUNG
EDA EDNA BT MOHD SANI
SMK SG CHOH
HASNAH BT OMAR
SK BUKIT BERUNTUNG
KHIRUN NIZAM BIN ZAFRI
SM SAINS HULU SELANGOR
LAFISAH BT MOHD NOR
SK BUKIT SENTOSA
LEHA BT MAHMUD
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
MAZLINA BINTI OTHMAN
SMK TAMAN BUNGA RAYA 1
NOOR WAHIDA BT JANIL
SK BATANG KALI
NOORDIANA BT ADNAN
SK BUKIT SENTOSA
NOORUL ASYIEKIN BT MOKHTAR
SMK AMPANG PECAH
NOR AZURAWATI BT AHMAD ZUHDI
SMK BANDAR SG BUAYA
NOR HANIFAH BT ABD HANIF
SK SERENDAH
NORHAJAR AZIHA BT MOHD NOR
SMK DATO' HJ KAMARUDDIN
NORHASLIZA BT CHE HUSIN
SK TAMAN BUNGA RAYA 1
NORHAZLINA BT MOHAMAD
SMK SYED MASHOR
NORLISHAM BIN ZAKARIA
SK TAMAN BUNGA RAYA 1
NORZAIDA BT ABDULLAH
SMK DATO' HJ KAMARUDDIN
NURHASNI BT ITHNIN
SMK BUKIT SENTOSA
ROBIYAH BT IBRAHIM
SMK SERENDAH
ROFIDAH BT IBRAHIM
SMK BUKIT SENTOSA
ROSNORMALA BT MOHD YAZID
SK SERENDAH
ROZIAH BT KASIO
SK BANDAR BARU BATANG KALI
RUSLINDA BT MOHD SIDIK
SMK KUALA KUBU BHARU
SITI RAHMAH BT MOHD AKHIR
SMK TAMAN BUNGA RAYA 1
WAN ZAUYAH BT WAN SALLEH
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
Kemudian peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut subjek yang telah ditentukan.
Pada sesi seterusnya, peserta telah didedahkan dengan kemahiran MS Word.
Peserta sedang mengadakan perbincangan dalam kumpulan
Catatan Hari Ke 2…
Sesi pagi ini peserta telah didedahkan dengan Unit Pembelajaran 1 & 2 iaitu Peta Kurikulum, Senarai Sumber dan Skema Kerja. Pada sesi seterusnya, peserta membentangkan hasil kumpulan untuk UP 1 dan UP 2.
Catatan Hari Ke 3…
Pada awal sesi hari ini, peserta didedahkan dengan pengenalan kepada internet. Kemudian. Peserta diajar dengan kemahiran MS PowerPoint.
Catatan Hari Ke 4 & 5…
Agenda diteruskan dengan UP3 iaitu rancangan mengajar. Pada sesi seterusnya, peserta didedahkan dengan UP5, UP7 dan UP8.Semua peserta di ajar cara-cara membuka akaun emel. Kemudian jurulatih menunjuk ajar cara-cara membina laman web menggunakan perisian MS Word.
Catatan Hari Ke 6…
Kursus berjalan seperti dalam jadual. Dalam waktu terluang, peserta tekun menyiapkan tugasan berkumpulan dan individu. Sesi berikutnya, peserta telah didedahkan dengan perisian MS Movie Maker iaitu satu perisian untuk pembuatan video.
Catatan Hari Ke 7…
Peserta didedahkan dengan kemahiran TMK MS Excel. Kemudian, pengenalan UP 9 – Pelan Tindakan PKP.
Catatan Hari Ke 8…
Pada sesi pagi dijalankan sesi pembentangan portfolio berkumpulan bagi semua kumpulan. Pada sesi petang pula, peserta diberikan ID untuk mengakses maklumat di Bank Data Sumber Nasional (BDSN).
Catatan Hari Ke 9…
Seawal sesi pertama, peserta bertungkus lumus menyiapkan portfolio dan membuat pemeriksaan akhir sebelum menghantar tugasan.
Pada sesi berikutnya, pembentangan portfolio individu bermula. Pada sebelah tengah hari diadakan jamuan akhir kursus anjuran peserta BPPT sendiri.
Sesi petang, ujian sumatif dijalankan secara online. Kemudian, peserta melengkapkan borang penilaian kursus BPPT.
Catatan Hari Ke 10…
Semua peserta telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan sijil Kehadiran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Sijil telah disampaikan oleh En Rozali Mazlan, Ketua Unit Teknologi dan Vokasional, mewakili pegawai PPD Daerah Hulu Selangor (ICT).

Foto kenangan bersama peserta kursus


0 Comments:
Post a Comment
<< Home