Kursus Perniagaan Internet 3-dalam-1

ATC BPPT Hulu Selangor

Google

E-mailPaysU

Friday, December 15, 2006

Kursus Sesi 18/2006 - Minggu Pertama & Kedua

Catatan Hari Pertama…

Peserta telah mendaftarkan diri seawal jam 7.50 pagi. Kehadiran pada pagi ini amat memberangsangkan. Encik Rozali Mazlan, wakil pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor telah memberikan taklimat dan pengenalan kursus ini kepada semua peserta.

Peserta diberikan taklimat dan pengenalan kursus oleh Jurulatih Utama, En Kamarul Azam. Peserta kelihatan agak teruja untuk menamatkan kursus ini dalam masa 9 hari walaupun sedang dalam cuti persekolahan. Ini adalah sesi terakhir untuk tahun 2006.

Antara Peserta Kursus Kali ini :-

ADILAH BT ADRAN
SMK KUALA KUBU BHARU

AIDAZUZANA BT MOHAMMAD
SK BUKIT BERUNTUNG

ANIDA BINTI MAESIN
SMK KUALA KUBU BHARU

AZHAR BIN MISWAN
SMK TAMAN BUNGA RAYA 1

FADZLINA BT KADRI
SK TAMAN BUNGA RAYA 1

HANIZA BT ABD RAHMAN
SMK BUKIT SENTOSA

HASSARUDDIN BIN YAAKOB
SK BANDAR SUNGAI BUAYA

IDAYU BT ABD SEMAN
SMK BUKIT SENTOSA

MARIAM BT DOMAT SHAHRUDDIN
SMK SERENDAH

MASPIAH BT AHMAD
SK BANDAR SUNGAI BUAYA

MD ZAHARI BIN ZAKARIA
SK KUALA KUBU BHARU 1

NAZRIN BT RUSLY
SMK SERENDAH

NOR SALAWATI BT SHAFIE
SK BATANG KALI

NORHAYATI BT MUHAMAD
SK SERENDAH

NORIZAH BT ABDUL RAHMAN
SMK TAMAN BUNGA RAYA 1

NORZAINI BT JAMIL
SK BUKIT SENTOSA

RAHIMAH BT MOKHTAR
SK BUKIT SENTOSA

ROZANA BT ABU
SK BUKIT BERUNTUNG

RUSLIZA BINTI MAT
SK TAMAN BUNGA RAYA 1

SURIYANI BT SAPUAN
SK BANDAR SUNGAI BUAYA

WASITAH BT DARUS
SMK AMPANG PECAH

YAP SIAW NGO
SMK DATO' HJ KAMARUDDIN

ZAHRAH BINTI HASAN
SK SERENDAH

ZUBEDAH BT ABDULLAH
SK BANDAR BARU BATANG KALI



Pada sesi seterusnya, peserta telah didedahkan dengan kemahiran MS Word.


Catatan Hari Ke 2…

Sesi pagi ini peserta telah didedahkan dengan Unit Pembelajaran 1 & 2 iaitu Peta Kurikulum, Senarai Sumber dan Skema Kerja. Kemudian peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut subjek yang telah ditentukan. Pada sesi seterusnya, peserta membentangkan hasil kumpulan untuk UP 1 dan UP 2.

Perbincangan dalam kumpulan



Catatan Hari Ke 3…

Pada awal sesi hari ini diteruskan dengan UP3 iaitu rancangan mengajar. Pada sesi seterusnya, peserta didedahkan dengan UP5, UP7 dan UP8. Kemudian peserta diajar dengan kemahiran MS PowerPoint.

Catatan Hari Ke 4 & 5…

Sesi awal, peserta didedahkan dengan pengenalan kepada internet. Semua peserta di ajar cara-cara membuka akaun emel. Kemudian jurulatih menunjuk ajar cara-cara membina laman web menggunakan perisian MS Word.

Catatan Hari Ke 6…

Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor.

Catatan Hari Ke 7…

Peserta didedahkan dengan kemahiran TMK MS Excel. Kemudian, pengenalan UP 9 – Pelan Tindakan PKP. Sesi berikutnya, peserta telah didedahkan dengan perisian MS Movie Maker iaitu satu perisian untuk pembuatan video.

Saling berkongsi maklumat sesama peserta


Catatan Hari Ke 8…

Pada sesi pagi dijalankan sesi pembentangan portfolio berkumpulan bagi semua kumpulan. Pada sesi petang pula, peserta diberikan ID untuk mengakses maklumat di Bank Data Sumber Nasional (BDSN).

Catatan Hari Ke 9…

Seawal sesi pertama, peserta bertungkus lumus menyiapkan portfolio dan membuat pemeriksaan akhir sebelum menghantar tugasan.

Pada sesi berikutnya, pembentangan portfolio individu bermula.

Sesi petang, ujian sumatif dijalankan secara online. Kemudian, peserta melengkapkan borang penilaian kursus BPPT.

Catatan Hari Ke 10…

Semua peserta telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan sijil Kehadiran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Sijil telah disampaikan oleh En Rozali Mazlan, Ketua Unit Teknologi dan Vokasional, mewakili pegawai PPD Daerah Hulu Selangor (ICT).

Foto kenangan bersama peserta kursus terakhir 2006