Kursus Sesi 4/2006 - Minggu Kedua
Catatan Hari Ke 6…
Sesi hari ini diteruskan dengan UP 7 & 3 iaitu Rancangan Mengajar berasaskan Penyelesaian Masalah ( Perbincangan dan Penghasilan ). Pada sesi petang pula, peserta diberikan ID untuk mengakses maklumat di Bank Data Sumber Nasional (BDSN).
Catatan Hari Ke 7…
Kali ini peserta didedahkan dengan kemahiran TMK MS Excel. Kemudian, peserta menyambung semula tugasan kumpulan untuk penghasilan slaid BBM.
Catatan Hari Ke 8…
Sesi hari ini diteruskan dengan pembentangan kumpulan, iaitu penilaian bahan bukti UP3 & slaid BBM. Keseluruhan persembahan amat memberangsangkan.
Catatan Hari Ke 9…
Hari ini bermulalah sesi pembentangan tugasan individu peserta. Peserta kelihatan berdebar dan gementar menanti giliran masing-masing. Dan beraneka ragam dapat diperhatikan sepanjang pembentangan ini.
Sesi petang, ujian sumatif dijalankan secara online. Peserta kelihatan bersedia untuk menjawab soalan yang akan dikemukakan.
Catatan Hari Ke 10…
Peserta kelihatan bersemangat menjalani hari terakhir kursus. Semua peserta telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan sijil Kehadiran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Sijil telah disampaikan oleh En Rozali Mazlan, Ketua Unit Teknologi dan Vokasional, mewakili pegawai PPD Daerah Hulu Selangor (ICT).

(Gambar Atas) Saat-saat perpisahan peserta di akhir kursus. (Gambar Bawah) En Rozali sedang menyampaikan sijil kepada peserta