Kursus Perniagaan Internet 3-dalam-1

ATC BPPT Hulu Selangor

Google

E-mailPaysU

Wednesday, March 15, 2006

Kursus Sesi 3/2006 - Minggu Kedua

Catatan Hari Ke 6…

Sesi hari ini diteruskan dengan UP 7 & 3 iaitu Rancangan Mengajar berasaskan Penyelesaian Masalah ( Perbincangan dan Penghasilan ). Pada sesi petang pula, peserta diberikan ID untuk mengakses maklumat di Bank Data Sumber Nasional (BDSN). Peserta kelihatan ceria sepanjang sesi ini.

Catatan Hari Ke 7…

Perjalanan kursus lancar. En Kamarul Azam, Master Trainer di sini telah digantikan buat sementara waktu dengan backup Master Trainer, En Najib Sufari hingga jumaat ini. Kali ini peserta didedahkan dengan kemahiran TMK MS Excel. Kemudian, peserta menyambung semula tugasan kumpulan untuk penghasilan slaid BBM yang akan dipersembahkan esok hari.

Catatan Hari Ke 8…

Sesi hari ini diteruskan dengan pembentangan kumpulan, iaitu penilaian bahan bukti UP3 & slaid BBM. Keseluruhan persembahan amat memberangsangkan dan peserta telah memahami ‘process flow’ kursus ini.

Catatan Hari Ke 9…

Hari ini bermulalah sesi pembentangan tugasan individu peserta. Peserta kelihatan berdebar dan gementar menanti giliran masing-masing.

Sesi petang, ujian sumatif dijalankan secara online. Peserta kelihatan bersedia untuk menjawab soalan yang akan dikemukakan. Keseluruhan keputusan online test kali ini amat cemerlang

Catatan Hari Ke 10…
Peserta kelihatan bersemangat menjalani hari terakhir kursus. Semua peserta telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan sijil Kehadiran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Sijil telah disampaikan oleh En Rozali Mazlan, Ketua Unit Teknologi dan Vokasional, mewakili pegawai PPD Daerah Hulu Selangor (ICT).

En Khairul selaku penghulu kursus sedang menerima sijil KDP daripada En Rozali Mazlan

Foto kenangan peserta sesi 3/2006