Kursus Perniagaan Internet 3-dalam-1

ATC BPPT Hulu Selangor

Google

E-mailPaysU

Wednesday, August 16, 2006

Kursus Sesi 8/2006 - Minggu Kedua

Catatan Hari Ke 6…

Kursus berjalan seperti dalam jadual. Peserta didedahkan dengan pengenalan kepada internet. Dalam waktu terluang, peserta tekun menyiapkan tugasan berkumpulan dan individu.

Catatan Hari Ke 7…

Sesi hari ini diteruskan dengan UP 7 & 3 iaitu Rancangan Mengajar berasaskan Penyelesaian Masalah ( Perbincangan dan Penghasilan ). Pada sesi petang pula, peserta diberikan ID untuk mengakses maklumat di Bank Data Sumber Nasional (BDSN). Peserta didedahkan dengan kemahiran TMK MS Excel. Kemudian, peserta menyambung semula tugasan kumpulan untuk penghasilan slaid BBM.

Catatan Hari Ke 8…

Sesi hari ini diteruskan dengan pembentangan kumpulan, iaitu penilaian bahan bukti UP3 & slaid BBM. Keseluruhan persembahan amat memberangsangkan namun begitu masih banyak kelemahan yang perlu di atasi terutamanya hasil portfolio individu. Pengenalan UP 9 – Pelan Tindakan PKP

Catatan Hari Ke 9…

Hari ini bermulalah sesi pembentangan tugasan individu peserta. Peserta kelihatan berdebar dan gementar menanti giliran masing-masing. Pada sesi tengahari diadakan sesi bergambar.

Sesi petang, ujian sumatif dijalankan secara online.

Foto kenangan bersama peserta

Catatan Hari Ke 10…


Semua peserta telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan sijil Kehadiran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Sijil telah disampaikan oleh En Rozali Mazlan, Ketua Unit Teknologi dan Vokasional, mewakili pegawai PPD Daerah Hulu Selangor (ICT).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home