Kursus Perniagaan Internet 3-dalam-1

ATC BPPT Hulu Selangor

Google

E-mailPaysU

Monday, May 08, 2006

Kursus Sesi 6/2006 - Minggu Kedua

Catatan Hari Ke 6…

Cuti Hari Pekerja

Catatan Hari Ke 7…

Sesi hari ini diteruskan dengan UP 7 & 3 iaitu Rancangan Mengajar berasaskan Penyelesaian Masalah ( Perbincangan dan Penghasilan ). Pada sesi petang pula, peserta diberikan ID untuk mengakses maklumat di Bank Data Sumber Nasional (BDSN). Peserta didedahkan dengan kemahiran TMK MS Excel. Kemudian, peserta menyambung semula tugasan kumpulan untuk penghasilan slaid BBM.


Catatan Hari Ke 8…

Sesi hari ini diteruskan dengan pembentangan kumpulan, iaitu penilaian bahan bukti UP3 & slaid BBM. Keseluruhan persembahan amat memberangsangkan namun begitu masih banyak kelemahan yang perlu di atasi terutamanya hasil portfolio individu. Kemudian di adakan sesi bergambar untuk kenangan.

Catatan Hari Ke 9…

Hari ini bermulalah sesi pembentangan tugasan individu peserta. Peserta kelihatan berdebar dan gementar menanti giliran masing-masing.

Sesi petang, ujian sumatif dijalankan secara online.

Catatan Hari Ke 10…

Semua peserta telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan sijil Kehadiran Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Sijil telah disampaikan oleh En Rozali Mazlan, Ketua Unit Teknologi dan Vokasional, mewakili pegawai PPD Daerah Hulu Selangor (ICT).

Gambar kenangan di akhir sesi kursus

0 Comments:

Post a Comment

<< Home